Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Bajet 2018 Buktikan Kelantan...

JELI - Kelantan terus mendapat manfaat melalui Bajet 2018 yang membuktikan kerajaan Persekutuan...

Nuha Tulis Lagu ‘Kekasih...

BEKAS peserta program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF14) Nuha atau nama sebenarnya Syamila...

Rayuan Terakhir Khir Toyo...

Rayuan terakhir mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohammad Khir Toyo bagi mengetepikan hukuman...

Enggan Pakai Solekan Pada...

SEKEPING gambar yang memaparkan seorang pengantin perempuan, Bisola Umoren telah mencetuskan perdebatan di media...

ANAK Desak Felda Segera Muktamad Hutang Peneroka

JERANTUT – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendesak pengurusan Felda segera memuktamadkan penyata hutang 112,635 peneroka, kata pengerusinya Mazlan Aliman.

Beliau berkata perkara itu bagi membolehkan kerajaan menunaikan janji manifesto Pilihan Raya ke-14 untuk menghapuskan hutang tidak wajar peneroka, yang kini sudah melebihi tempoh 100 hari yang dijanjikan.

“Isu dalam manifesto 100 hari itu mesti diselesaikan di peringkat pengurusan Felda terlebih dahulu kerana kerajaan tidak dapat melaksanakannya jika peneroka masih tidak menerima penyata hutang dan penyata untung rugi.

“Apa yang mereka ada setakat ini hanya anggaran sahaja… bukannya jumlah sebenar. Bagaimana kerajaan hendak mengumumkan jumlah penghapusan hutang jika angkanya tiada? Itu adalah kerja Felda,” katanya.

Mazlan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Dialog Isu Penutupan Kilang Felda Lepar Utara 4 di sini, yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings (FGV) Datuk Zakaria Arshad dan wakil peneroka.

Beliau menambah pihaknya telah mengadakan pertemuan selama hampir tiga jam dengan pengurusan tertinggi Felda termasuk pengerusi Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor dan pengarah besar Datuk Ab Ghani Mohd Ali berhubung perkara itu.

“Namun, setelah hampir sebulan pertemuan diadakan, kami masih tidak menerima maklum balas daripada Felda. Walaubagaimanapun, kami akan terus melakukan tindakan susulan untuk mengetahui tindakan selanjutkan.

“Jika tiada tindakan daripada Felda, saya tidak teragak-agak untuk bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meminta Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengarahkan Felda segera memuktamadkan hutang.

“Ini kerana reputasi dan imej kerajaan akan tercalar kerana dilihat tidak dapat melaksanakan manifesto. Janji ini yang terkandung dalam 10 janji dalam masa 100 hari dan perlu diselesaikan walaupun telah melebihi tempoh,” katanya.


Beliau menambah pelaksanaan manifesto itu juga memerlukan persetujuan bersama daripada peneroka kerana mereka perlu bersetuju dengan jumlah hutang yang akan dimuktamadkan oleh Felda.

Berhubung penutupan kilang Felda Lepar Utara 4 yang dijangkakan dalam tempoh dua minggu, Mazlan berkata pihaknya menuntut surat hitam putih mengenai persetujuan pengurusan FGV menampung kos perjalanan menghantar buah sawit ke kilang Felda Lepar Utara 6 supaya tidak ditanggung peneroka.

Katanya, persetujuan juga melibatkan nilai kadar perahan gred yang akan ditentukan di kilang Lepar Utara 4 yang akan dijadikan sebagai pusat pengumpulan kerana bimbang nilainya berkurangan jika buah itu tidak dapat dihantar ke Lepar Utara 6 secara segera.

“Kita faham dengan keputusan FGV untuk menutup kilang ini setelah beroperasi sejak tahun 1982 atas alasan mahu menjimatkan kos memandangkan kilang Felda Lepar Utara 6 terletak berhampiran. Kita dimaklumkan ini adalah kilang terakhir yang akan ditutup.

“Mereka juga memberi jaminan bahawa kilang Felda Lepar Utara 6 boleh menampung peningkatan buah sawit dari Felda Lepar Utara 1, 2 dan 4 termasuk pada waktu puncak kerana telah meningkatkan kapasiti pengeluaran kilang tersebut,” katanya.

Mazlan menambah kakitangan Felda diberikan pilihan untuk terus berada di situ jika terdapat alasan yang kukuh seperti anak yang bersekolah manakala kakitangan lain dipindahkan ke kilang berhampiran selain 25 orang dimaklumkan bersetuju mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS). – BERNAMA

Kategori