Anak Berhutang RM100, Bapa Pula Kena Bunuh

Hanya kerana ingin menuntut hutang berjumlah RM 100, seorang lelaki warga Indonesia sanggup memukul seorang warga emas sehingga mati dalam satu kejadian di Jalan 3, Kampung Baru Semenyih, semalam.

Mangsa, Kow Sin, 74 tinggal di situ bersama pasangan dan anaknya, Kow Tein Fook, 34. Namun ketika kejadian, mangsa tinggal berseorangan.

Menurut Tein Fook, suspek yang merupakan pekerja pembinaan warga Indonesia, datang ke rumahnya bagi menuntut baki gaji tertunggak sebanyak RM 100 yang tidak diberikannya kerana kekurangan wang dua hari lalu.

KES BUNUH

Ketika saya pulang ke rumah jam 1.30 tengah hari, bapa ditemui di ruang tamu rumah dengan kesan kecederaan di bahagian kepala.

Kami sekeluarga menghubungi ambulans dan segera menghantarnya ke Hospital Kajang. Sejurus dirawat, dia kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 7.30 petang,” ujarnya kepada akhbar Harian Metro.

Tein Fook berkata, salah seorang daripada pekerjanya mungkin telah datang ke rumah bagi menuntut hutang yang tertunggak.

“Sebenarnya dia baru bekerja kurang dari seminggu dengan saya dan saya yakin dia bertindak begitu kerana tidak berpuas hati dengan saya.” – MYNEWSHUB.CC

 

Loading...