Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agong Solat Sunat Aidilfitri...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

RFID Perlu Lebih Promosi...

KUALA LUMPUR - Pengumuman kerajaan untuk melaksanakan pembayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi...

Atlet Sukma Maut Terkena...

Seremban: Atlet Silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu Wan Muhammad Haikal Wan Hussin meninggal...

Donut Berharga RM380 Ini...

MEMBAYAR RM380 (USD$100) hanya semata-mata untuk sebiji donut memang kedengaran tidak masuk akal!Namun,...

Ambil Insurans Ketika Ke Luar Negara – TPM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyarankan agar rakyat Malaysia mengambil insurans perjalanan ketika melancong ke luar negara bagi memudahkan urusan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Timbalan Perdana Menteri​​​​​​ turut mengingatkan orang ramai supaya memeriksa keadaan cuaca di negara yang ingin dilawati sebagai langkah keselamatan.

“Rakyat Malaysia yang hendak merancang sukan lasak perlu memeriksa cuaca,” katanya kepada pemberita di Masjid Ar Rahimah, Kampung Pandan di sini hari ini.

Dr Wan Azizah berada di masjid itu bagi menziarahi jenazah Siti Nur Ismawida Ismail, 30, yang maut dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Indonesia pada Ahad lepas. Jenazah dibawa pulang dari Lombok hari ini.

Timbalan Perdana Menteri tiba kira-kira 6 petang dan menziarah keluarga mangsa sebelum menunaikan solat di masjid berkenaan.


Siti Nur Ismawida dilaporkan terkorban dihempap runtuhan tembok bangunan dalam kejadian gempa bumi 6.4 skala Richter yang menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok pada 5.47 pagi Ahad.

Beliau berada di Indonesia kerana menyertai misi pendakian di gunung berapi Rinjani di Lombok Timur. – BERNAMA

Kategori