Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tentera Bunuh 10 Pemberontak...

MANILA - Tentera Filipina bertempur dengan pemberontak komunis berhampiran bandar General Nakar menyebabkan...

GST, Penyelamat Kepada Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang diperkenalkan pada tahun lepas,...

1 Lawan 1: Pakatan...

KETIKA sebuah akhbar tempatan yang diketahui memang cenderung pembangkang menyiarkan berita muka depan...

Digelar Tua Gedik, Rita...

KECOH di media sosial apabila pelakon, Rita Rudaini dikatakan 'mengamuk' sakan menerusi satu...

Amaran Gunung Berapi Mayon Filipina Dinaikkan

MANILA – Tahap amaran gunung berapi Mayon di Filipina dinaikkan daripada tiga kepada empat yang bermaksud kemungkinan “letusan berbahaya akan berlaku”, lapor agensi berita Xinhua.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) berkata, tahap amaran dinaikkan beberapa minit selepas gunung berapi itu tiba-tiba memuntahkan lahar pada sebelah tengah hari.

Terdahulu laporan Phivolcs pada sebelah pagi mendapati gunung berapi berkenaan mengeluarkan lahar setinggi 500 meter hingga 200 meter, pada pukul 10.45 pagi waktu tempatan pada Ahad dan pada pukul 2.25 pagi Isnin.

Gunung Mayon, satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina serta terkenal dengan keindahan dan simetri yang hampir sempurna

Mempunyai ketinggian 2,462 meter, gunung itu terletak di wilayah Albay di Pulau Luzon kira-kira 300 kilometer di tenggara Manila.


Sementara itu, Gabenor Albay, Al Francis Bichara berkata semua sekolah di seluruh wilayah itu akan ditutup pada 23 Januari. – BERNAMA

Kategori