Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sirul Masuk Penjara Paling...

SYDNEY – Bekas komando polis, Sirul Azhar Umar dilaporkan telah dipindahkan ke sebuah...

Kerajaan Cadang Pelepasan Cukai...

KUALA LUMPUR -Kerajaan bercadang memberi pelepasan cukai kepada klinik pergigian swasta di kawasan...

Persepsi Naik Pangkat Kerana...

KUALA LUMPUR - Persepsi bahawa kenaikan pangkat seseorang penjawat awam kerana mereka mempunyai...

Sultan Johor Titah Isytihar...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor pada...

Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Berterusan Ke Hari Ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Sabah (Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman) serta Labuan diramal berterusan sehingga hari ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata keadaan angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu adalah berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Situasi yang sama juga dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Sulu.

Sementara itu, ketampakan rendah kurang dari tiga kilometer di sekitar perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuching, Tawau, Selat Melaka, Tioman, Bunguran dan Sulawesi akibat jerebu diramal berterusan sehingga hari ini.

Keadaan itu berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran, menurut jabatan berkenaan.


Dalam pada itu, amaran ribut petir di kawasan perairan Kudat, Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan, Reef North, Palawan dan Sulu diramal berterusan sehingga pagi ini.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang sehingga 50kmsj dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori