Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

7 Produk Kecantikan Murah...

USIA remaja merupakan fasa di mana kita sedang membesar dan mencari jati diri....

Ayam Keluaran Kilang Terkenal...

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesahkan sijil halal PCK Processing and...

Lebih 2,000 Peserta Sertai...

KOTA BHARU - Sebanyak 2,277 peserta daripada 69 kontinjen menyertai perbarisan sempena sambutan...

Pengambilalihan Tanah Projek HRS...

KUALA LUMPUR – Proses pengambilalihan tanah bagi pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi...

Amalan Tegur, Kritik Pemimpin Pada PAU Diteruskan – KJ

PUTRAJAYA – Perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno tidak pernah dihalang daripada mengkritik kepimpinan parti ketika mengambil bahagian dalam perbahasan, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, beliau berkata amalan yang dipraktikkan sejak sekian lama itu tetap akan diteruskan pada perhimpunan akan datang berlandaskan budaya dan adab orang Melayu.

“Kita tidak pernah tutup ruang perbahasan, malah saya tak pernah dengar ucapan yang tidak ada teguran kepada pemimpin dalam Perhimpunan Agung Umno. Kritikan tetap menjadi amalan namun secara sopan, dan bersopan tidak semestinya bermaksud kritikan itu tidak dirasai langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan beberapa penganalisis politik bahawa perwakilan Umno perlu berani bersuara dan menegur sebarang kepincangan dalam parti, bukannya sekadar memberi pujian melambung kepada pemimpin ketika berbahas pada perhimpunan yang akan bermula pada Selasa depan itu.

Khairy memberikan ulasannya itu pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Institut Automatif Malaysia (MAI) di sini Rabu.

Perjanjian itu membolehkan pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) mengikuti program latihan Sijil Profesional Pimpinan Industri, iaitu penempatan latihan di tempat kerja di bawah MAI yang mana akhirnya MAI akan memastikan 100 peratus pelatih memperoleh pekerjaan dalam bidang automotif dengan gaji yang lebih tinggi.


Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pembahas boleh lantang dalam kritikan mereka, namun tidak perlu sampai menjadi ‘kurang ajar’ kepada parti selain perlu sentiasa sedar bahawa Umno adalah sebuah parti Melayu.

“Kita parti Melayu, kita ada budaya, nak sampaikan teguran mesti dengan cara yang tepat dan baik…maknanya tetap sampai kepada pemimpin,” katanya.

Bagi memastikan perbahasan dan kritikan yang dibuat adalah berkualiti, beliau mengingatkan perwakilan yang ingin berbahas supaya membuat kajian terhadap isu yang ingin dibahaskan terlebih dahulu supaya Perhimpunan Agung Umno terus kekal sebagai perhimpunan agung parti politik terbaik.

Perhimpunan Agung Umno 2014 akan berlangsung dari 25 hingga 29 Nov ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori