Aliran Trafik Utara, Selatan Terkawal Setakat 8 Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Aliran trafik ke utara dan selatan bergerak lancar dan terkawal setakat 8 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik hanya bergerak perlahan dari Tol Damansara menuju ke Kayu Ara berikutan berlaku peningkatan jumlah kenderaaan.

Beliau berkata laluan dari arah Senawang menuju ke Simpang Ampat dilaporkan bergerak perlahan berikutan terdapat kemalangan di Km232.4.

“Kemalangan berkenaan melibatkan sebuah lori melanggar belakang lori dan memgakibatkan lorong kiri dibuka namun trafik masih terkawal,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di beberapa lebuh raya juga lancar termasuk Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan 2.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan lalu lintas dengan menghubungi Plusline di 1800-88-0000 atau di Twitter PLUS di www.twitter.com/plustrafik.

Bagi mengetahui keadaan trafik di pantai timur, boleh hubungi LLM di talian 1800-88-7752 atau layari laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Loading...