Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Ketua Balai IPD...

KUANTAN - Bekas Ketua Balai Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bera bersama empat...

Pemain Bola Sepak Sabah...

KOTA KINABALU - Penyerang bola sepak Sabah yang juga pemain negara Rozaimi Abd...

Final Piala AFF, Vietnam...

HANOI - Vietnam Airlines akan menambah perkhidmatan penerbangan ke Kuala Lumpur pada 11...

Hina Agama: Perlu Garis...

KERAJAAN perlu menyediakan garis panduan yang jelas yang dapat membezakan antara penghinaan dan...

Trafik Perlahan Di Beberapa Kawasan Plus Tengah Hari Ini

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dilaporkan perlahan dan sesak tengah hari ini di beberapa kawasan lebuh raya berkenaan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Malaysia Berhad berkata, kesesakan itu berlaku berikutan peningkatan jumlah kenderaan selain berlakunya kejadian kemalangan.

“Antara kawasan mengalami kesesakan, sebelum dan selepas Plaza Tol Port Dickson, Negeri Sembilan, selain kesesakan akibat berlakunya kejadian kemalangan di KM257.0 sebelum Terowong Menora menghala ke Ipoh dan di KM364.6 dari Slim River ke Sungkai.

“Bagaimanapun, kedua-dua lokasi kemalangan ‘bumper-to-bumper’ itu tidak melibatkan kehilangan nyawa,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata, aliran trafik di LPT 1 dan 2 juga dilaporkan lancar dan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.-BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori