Aliran Trafik Kembali Sesak, Penduduk Mula Pulang

KUALA LUMPUR – Aliran trafik beberapa lebuh raya utama dilapor bergerak perlahan petang ini berikutan semakin ramai penduduk kembali ke kota setelah bercuti panjang sempena Hari Kebangsaan dan Aidiladha selain cuti tambahan sehari selepas Malaysia muncul juara kejohanan Sukan Sea 2017 baru-baru ini.

Laporan trafik twitter rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sekitar 3.48 petang ini memaklumkan jalan sesak dan kenderaan bergerak perlahan dari arah Karak-Bentong Barat (KM76-KM65), Tol Bentong-Lentang (KM63-KM55 &KM53-KM49) dan Genting Sempah-Gombak (KM22-KM20).

Sekitar 4.19 petang ini pula trafik dilaporkan perlahan dari Changkat Jering ke Bukit Berapit dan dari Sungai Perak ke Terowong Menora, disebabkan aliran trafik mula meningkat.

Sementara itu, berlaku kemalangan di Km 84.4 dari Ayer Hitam ke Yong Peng menyebabkan trafik bergerak perlahan sepanjang 3 km.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Loading...