Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Skim Gaji Penjawat Awam...

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa skim gaji penjawat awam...

Bersatu Tidak Khianat Dalam...

Kuala Lumpur : Dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melakukan pengkhianatan dalam Pilihan...

Teletubbies Kuning Ditangkap Pecah...

Penghujung bulan Oktober merupakan masa untuk perayaan Holloween, maka suasana berubah secara total...

Tidak Roboh Kuil Selagi...

SUBANG JAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy memberi jaminan...

Aliran Trafik Di Lebuhraya Utara-Selatan Lancar

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan lancar setakat 5 petang ini berikutan kebanyakan warga kota sudah berada di kampung halaman sempena perayaan Aidiladha yang disambut hari ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuh Raya PLUS berkata, bagaimanapun aliran trafik dilaporkan perlahan dari arah Seremban menuju ke Nilai, Negeri Sembilan.

“Terdapat kesesakan lalu lintas di Tambak Johor ketika ini dari arah utara ke Singapura,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut laman Twitter PLUS Expressways Bhd, trafik turut lancar di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Butterworth-Kulim (BKE), Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang.


Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di sekitar Plaza Tol Gombak menghala ke pusat bandar dilaporkan sibuk setakat 5 petang ini.

“Di utara pula, kira-kira jam 5.20 petang tadi, terdapat satu kemalangan di Kilometer 198 dari arah Taiping ke Bukit Merah, Perak, laporan awal mendapati lorong kanan terhalang, bagaimanapun keadaan kini terkawal,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PLUS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori