Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Insafi Kisah Nasib Umat...

BARU-BARU ini masyarakat Melayu gempar dengan tindakan provokasi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)...

Minta Penghulu Dan Penggawa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memerlukan gambaran sebenar permasalahan rakyat daripada penghulu dan penggawa...

DAP Gesa Kerajaan Tunduk...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seolah-olah menggesa kerajaan Malaysia...

2 Remaja Lemas Di...

KEMAMAN - Kegembiraan tiga remaja yang mandi di Pantai Geliga, di sini semalam...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar Setakat 9 Pagi

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan berjalan lancar setakat 9 pagi, walaupun jumlah kenderaan bertambah berikutan cuti panjang iaitu Hari Krismas serta cuti hujung minggu.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata tiada kesesakan lalu lintas dilaporkan di sepanjang lebuh raya menuju ke ke arah Utara dan Selatan.

“Setakat ini keadaan trafik di semua laluan bergerak lancar dan tiada sebarang kesesakan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Lebuhraya KL-Karak (KLK) juga dilaporkan lancar dan terkawal.


“Tiada sebarang kemalangan dilaporkan pagi ini,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori