Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pukul Isteri Kedua, Jaga...

PETALING JAYA - Akibat memukul isteri keduanya sehingga cedera enam bulan lalu, seorang...

Kanak-Kanak Pun Tahu Bertimbang...

KUALA LUMPUR - 'Bagus didikan sivik adik ini'. Mungkin itu kata-kata yang terdetik...

Penunggang Basikal Perlu Patuhi...

KOTA BHARU - Penunggang basikal perlu meningkatkan kesedaran dan peka mengenai aspek keselamatan...

Didakwa Gigit Telinga Abang...

Muar : Seorang bekas penuntut universiti yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini,...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar Setakat 3 Petang

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat pukul 3 petang ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata trafik di Lebuhraya Utara-Selatan di kedua-dua arah dilaporkan terkawal.

Bagaimanapun, kemalangan dari arah Sungai Buaya menghala ke Bukit beruntung di Km341.7 menyebabkan kesesakan di kedua-dua arah sejak pukul 2.30 petang.

“Kerja mengalihkan kenderaan sedang dilakukan dan kesesakan dilaporkan sejauh dua kilometer,” katanya.


Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 di kedua-dua arah adalah lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori