Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara lancar dan terkawal setakat pukul 9 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik menuju ke ibu negara dan tempat-tempat lain turut lancar.

Bagaimanapun, terdapat kemalangan di Yong Peng ke Ayer Hitam di KM 86.1 namun keadaan trafik terkawal, katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di lebuh raya utama lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Loading...