Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KKM: Kes HIV Dijangka...

KEPALA BATAS - Kementerian Kesihatan menjangka kadar kes baharu HIV yang dilaporkan kepadanya...

Selesa Kawan Redza, Ayda...

DI SAAT ramai rakan selebriti sudah mendirikan rumah tangga, pelakon kecil molek, Ayda...

SRC: Pasukan Pembelaan Najib...

PUTRAJAYA - Selepas enam hari, pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak pada...

Gempa: Pelajar Malaysia Di...

JAKARTA - Semua pelajar Malaysia di Sulawesi dilaporkan selamat kerana kedudukan mereka jauh...

Ali Tinju Akan Dipecat Dari Persatuan Veteran – Naib Presiden

IPOH – Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju akan dipecat keanggotaannya daripada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) ekoran tindakannya yang sering menimbulkan kontroversi.

Naib Presiden PVATM, Leftenan Komander (B) Jayah Said berkata keputusan itu akan dibuat kerana tindakan atau kenyataan Ali Tinju sejak kebelakangan ini dilihat menjatuhkan imej persatuan.

“Kami telah mengumpul bukti kukuh untuk mengambil tindakan terhadap Ali Tinju dalam masa terdekat. Ini kerana kami tidak mahu nama baik persatuan ini tercemar akibat daripada tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh Ali Tinju selain ia melanggar perlembagaan dan peraturan pentadbiran persatuan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua PVATM Perak berkata Ali Tinju melakukan perkara yang bercanggah dengan budaya, etika dan nilai murni yang wujud dalam PVATM.


Mohd Ali turut direman dua hari mulai semalam kerana dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui aplikasi WhatApps susulan kekecohan yang berlaku di Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]1C48khhjK7I[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori