Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lisa Surihani Duta Baharu...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Lisa Surihani akan menyokong pembelaan hak kanak-kanak di seluruh...

Peti Simpan 1,500 Virus...

BERLAKU situasi mengejutkan di dalam makmal bersekuriti tinggi di China, negara yang dikatakan bermulanya...

Jakim Peruntuk RM468 Juta...

ALOR SETAR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperuntuk RM468 juta tahun ini...

Kejatuhan Rizab BNM Sebab...

KUALA LUMPUR - Dakwaan kerugian AS$39.6 bilion (US$1= RM4.07) antara 2013 dan 2015...

Ali Arah KSU, Ketua Perkhidmatan, Awasi Kegiatan Sabotaj

PUTRAJAYA – Semua ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan telah diarah menjalankan siasatan terhadap sebarang kemungkinan sabotaj berlaku dalam pentadbiran kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Katanya beliau juga telah mengarahkan mereka untuk sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan tindakan khianat yang bertujuan menjejaskan pentadbiran dan kerajaan semasa.

“Saya menyeru para penjawat awam untuk melaporkan sebarang perlakuan khianat kepada ketua-ketua setiausaha dan ketua-ketua perkhidmatan masing-masing.

“Saya sendiri akan menangani perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan akhbar The Sun Daily bertajuk “Un-civil servants” hari ini mengenai sabotaj oleh penjawat awam senior terhadap pelan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Ali berkata tiada sebarang tolak ansur trhadap sebarang percubaan khianat untuk melemahkan kerajaan semasa dan pentadbirannya.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku, tanpa rasa takut atau memihak,” katanya.


Beliau turut memberi jaminan bahawa pentadbiran awam akan sentiasa menghormati mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan semasa berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mei lepas.

“Kedaulatan undang-undang dan tadbir urus yang baik harus didukung,” kata Ali.

Sementara itu, dalam catatan laman Twitternya, beliau berkata pegawai forensik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah memulakan siasatan terhadap kes kebocoran dokumen-dokumen rahsia kerajaan baru-baru ini.

Ali berkata selain laporan polis, semua ketua setiausaha dan ketua perkhidmatan telah diarah memastikan dokumen terperingkat kerajaan tidak dikompromi. – BERNAMA

Kategori