Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pontun Punca Pencemaran Air...

KUALA SELANGOR - Pontun miliki syarikat Two-B Machineries Sdn. Bhd., kontraktor dilantik Kumpulan...

Ziana Zain Lega Lihat...

MESKIPUN kemelut peribadi belum ada jalan penyelesaian namun penyanyi bernada tinggi, Ziana Zain...

Badan Perhubungan PAS Selangor...

KUALA LUMPUR - Badan Perhubungan PAS Selangor akan mengambil alih semua kawasan PAS...

Tahniah… Yatt Hamzah Hamil...

BARU sahaja mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang juruvideo pada Februari lalu,...

Albania Rampas Kokain Disembunyi Dalam Kontena

TIRANA – Polis Albania merampas 613 kilogram kokain yang disembunyikan dalam kontena pisang dari Colombia semalam dan menahan dua lelaki, menjadikannya rampasan dadah terbesar di wilayah Balkan.

Ketua Polis kebangsaan, Ardi Veliu berkata penghantaran kokain yang mempunyai nilai pasaran 180 juta euro (RM860 juta) itu, tiba di Pelabuhan Durres melalui Itali dan Malta, 10 hari lalu dan diawasi rapat pihak berkuasa.

“Pihak berkuasa Albania masih menyiasat bersama rakan asing mereka untuk mengesan semua hubungan dan individu terbabit dalam aktiviti jenayah itu,” kata Veliu kepada media.

Polis mengesahkan mereka menahan dua suspek, kedua-duanya berumur 25 tahun dan masih memburu suspek ketiga.

Seorang daripada suspek yang ditahan adalah pemandu trak yang mengangkut kontena dua tingkat menyembunyikan 528 bungkusan ke sebuah gudang.


Albania berdepan tekanan daripada Barat dalam usaha memerangi penyeludupan dadah dan bentuk jenayah terancang lain sebagai sebahagian usaha menyertai Kesatuan Eropah (EU). – Reuters/BH ONLINE

Kategori