Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Vaksinasi Lebih 420,000, Berita...

KLANG - Kadar vaksinasi harian yang melebihi 420,000 dos semalam adalah berita terbaik...

Skandal Seks Guru Wanita...

SEORANG guru wanita dari Florida mengaku bersalah di mahkamah atas kesalahan melakukan hubungan...

Nelayan Hilang Ditemui Lemas...

JOHOR BAHRU - Seorang nelayan terjatuh ke dalam laut selepas dipercayai dipanah petir...

Cubaan Culik PM –...

KUALA LUMPUR-- Polis mengesahkan ada cubaan menculik beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri oleh...

Al-Quran Digunakan Sekolah, Tahfiz KPM Diperakukan KDN

SEREMBAN – Al-Quran digunakan dalam program tahfiz dan sekolah agama di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diperakukan dan disahkan bahagian penapisan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pengarah Bahagian Pendidikan Agama KPM Wan Ramdzan Wan Mamat berkata perakuan itu diperoleh selepas kandungan al-Quran disahkan tiada kesilapan.

Setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai penggunaan al-Quran tanpa perakuan daripada KDN digunakan di sekolah atau program seliaan kementerian, katanya pemberita selepas majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan kali ke-42, di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan Datuk Dr Awaludin Said.

Wan Ramdzan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya ada sekolah tahfiz tidak menggunakan al-Quran yang diperakukan KDN sehingga menyebabkan status hafiz dan hafizah mereka diragui.

“Tetapi kalau tahfiz di sekolah swasta, saya tidak dapat beri jawapan sebab ia di luar kawalan kami,” katanya.

Wan Ramdzan berkata oleh kerana al-Quran dicetak di pelbagai negara, dibimbangi kemungkinan berlaku kesilapan pada ayat semasa dicetak.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Pkharudin Ghazali berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika pengendalian majlis di sekolah di negeri ini akan dilihat semula dalam usaha mengurangkan risiko insiden yang tidak diingini berlaku di sekolah.

Beliau memberikan contoh sebelum ini terdapat arahan daripada kerajaan negeri supaya tidak menggunakan belon gas helium pada mana-mana majlis susulan berlaku insiden semasa majlis pecah tanah bangunan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Katanya, KPM telahpun mengeluarkan pekeliling berkaitan perbelanjaan berhemah yang turut menegaskan penggunaan aksesori termasuk belon untuk mengadakan sebarang majlis di sekolah perlu ringkas.

Pada majlis tadarus itu, seramai 96 pelajar dari seluruh negara menyertai enam kategori dipertandingkan bagi lelaki dan perempuan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran dan Bercerita Kisah daripada Al-Quran.

Kontinjen Negeri Selangor muncul juara keseluruhan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori