Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saarani Dititah Menghadap Sultan...

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sekali lagi dititahkan menghadap...

Tunku Abdul Jalil, Definisi...

PEMERGIAN putera raja berjiwa rakyat, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim...

Apa Yang Baru Sebenarnya...

APA yang baharu sebenarnya daripada Kerajaan Pakatan Harapan? 1. Program PERMATA yang konon dikatakan...

Ketua Setiausaha Wakili Diri...

KUALA LUMPUR - “Gaya macam ‘perutusan khas’. Apakah beliau bercakap atas kapisiti individu...

Aktiviti Tambakan Laut Diteruskan Untuk Biayai Kos PIP

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang akan meneruskan aktiviti tambakan laut untuk membiayai kos projek-projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri yang berjumlah RM28 bilion, kata exco kerajaan negeri.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow berkata aktiviti tambakan laut yang dirancang oleh kerajaan DAP itu, akan diteruskan tetapi pelaksanaannya dijalankan mengikut fasa.

Beliau berkata cadangan melaksanakan pembangunan di Seberang Perai tidak mampu menampung kos pelaksanaan PIP susulan nilai tanah yang lebih murah, berbanding di bahagian pulau yang mempunyai pemintaan tinggi.

“Tanah-tanah milik kerajaan negeri tidak mencukupi dan nilai tanah di Seberang Perai tidak seberapa tinggi jika dibandingkan di bahagian pulau. Jadi, cadangan untuk menggantikan aktiviti tambakan laut dengan jual tanah milik kerajaan negeri ini tidak boleh diguna pakai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya pelaksanaan projek-projek penambakan laut itu akan dijalankan dalam beberapa tahun lagi, walaupun menerima pelbagai bantahan dan cadangan.

Chow berkata keutamaan kerajaan negeri ialah membina sistem Transit Aliran Ringan (LRT) melibatkan laluan Bayan Lepas ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dalam pakej pelan berkenaan dan Lebuhraya Pan Island.


“Setakat ini, kedua-dua projek itu di tahap permohonan kelulusan dan kajian perancangan awal dijangka siap pertengahan tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Chow berkata kerajaan negeri mengambil maklum kebimbangan lebih 1,000 nelayan Permatang Damar laut, Teluk Kumbar yang khuatir hilang mata pencarian selepas aktivit penambakan laut dilaksanakan.

“Kami ambil maklum perkara itu (bantahan nelayan) dan segala berita tentang bantahan menerusi media akan dipantau untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata Pihak Berkuasa Tempatan akan mengadakan sesi dialog bersama-sama wakil penduduk, pertubuhan dan persatuan nelayan kawasan itu pada akhir bulan ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]jt3aGZFX38Q[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori