Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAS Beri Kebebasan Kepada...

KOTA BHARU - PAS memberi kebebasan sepenuhnya kepada anggota PKR sama ada untuk...

Polis Tahan Pasangan Suami...

KUALA LUMPUR - Polis menahan sepasang suami isteri serta merampas 48 ketulan mampat...

PPD Diarah Buat Penilaian...

KOTA MARUDU : Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di kawasan yang terbabit dengan banjir...

India Larang Kereta Pegawai...

NEW DELHI - Semua pegawai tinggi kerajaan India kehilangan hak untuk menembusi kesesakan...

Aktiviti Konvoi Perlu Diperluas, Pupuk Nilai Positif

TAWAU – Aktiviti berkonvoi perlu diperluas penganjurannya kerana mampu memupuk pelbagai nilai positif dalam kalangan peserta, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching.

Beliau berkata aktiviti berkenaan termasuk ekspedisi menunggang motosikal berkuasa tinggi dan jelajah menggunakan kenderaan pacuan empat roda itu juga dapat membentuk jati diri peserta.

“Berkonvoi ini bukan hanya bersifat aktiviti fizikal semata-mata tetapi turut menjurus kepada pendidikan rohani, selain pembentukan nilai disiplin, pembelajaran pengurusan masa dan bekerjasama sebagai satu pasukan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Pelepasan Ekspedisi 4×4 Malaysia-Thailand di Dataran Majlis Perbandaran Tawau di sini, hari ini.

Sebanyak 20 pacuan empat roda (4×4) dengan 50 peserta dari Kelab 4×4 Ekspedisi Ekstrem Tawau akan menjelajah Malaysia-Thailand bermula hari ini.

Dalam pada itu, Mary Yap berkata perkara sedemikian juga membolehkan pendekatan Lautan Strategi Biru Kebangsaan (NBOS) dapat dilaksanakan menerusi kerjasama pelbagai agensi kerajaan dengan penganjur aktiviti tersebut.

“Aktiviti seperti ini dapat membantu memberi pemahaman kepada masyarakat mengenai fungsi dan peranan sesebuah agensi kerajaan…ini dinamakan NBOS saling bekerjasama dan sentiasa berada dalam situasi menang-menang,” katanya lagi.


Di samping itu, Pengerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Datuk Mohd Hanif Shah Mohamed kerjasama dalam penganjuran jelajah Malaysia-Thailand itu akan memberi manfaat kerana selain dapat bertemu dengan masyarakat, mereka juga dapat mengagihkan risalah mengenai fungsi dan peranan AKPK.

“Setiap laluan yang disinggahi peserta di Malaysia, kita turut akan berkempen di sana,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kelab 4×4 Ekspedisi Ekstrem Tawau Jeffry On Hamzah berkata aktiviti itu merupakan ekspedisi ketiga kelab Tawau selepas jelajah Pulau Borneo (2014) dan Balik Papan (2015).

Menurutnya, peserta konvoi yang bermula hari ini akan terus ke Kota Kinabalu dan akan bersambung semula pada 27 Nov di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Betong, kemudian ke Hatyai, Yala, Yothalong, Tray dan Krabi di Thailand sebelum berpatah balik dan ke Pelabuhan Klang pada 10 Dis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori