Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

LHDN Nafi 4 Juta...

CYBERJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan laporan empat juta data yang...

Inkues EIMARace: “Saya Cuba...

KUANTAN - Pemandu kenderaan go-kart yang melanggar dua beranak pada Perlumbaan Automatif dan...

Jumlah Tangkapan Kes Kecoh...

SHAH ALAM – Kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights...

Tendang, Pukul Bomba Padam...

ANGGOTA bomba tiba-tiba ditendang dan dipukul lelaki tidak berbaju ketika operasi memadam kebakaran...

Akta MKN Tak Beri Kuasa Mutlak Kepada PM – Zahid Hamidi

HUTAN MELINTANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara tidak mempunyai tujuan politik atau untuk memberi kuasa mutlak kepada perdana menteri.

Sebaliknya, beliau berkata rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Dis itu bertujuan memperkukuhkan penguatkuasaan dari segi menjaga keselamatan rakyat negara ini secara keseluruhannya.

“Ketidakpuasan hati beberapa individu dan NGO (berhubung perkara ini) harus dilihat namun pihak berkenaan harus juga membaca apa yang tersirat daripada akta itu di mana kuasa tidak diberikan sepenuhnya kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri pertahanan atau menteri dalam negeri, atau menteri komunikasi dan multimedia, atau beberapa menteri yang berkaitan dengan soal keselamatan.

“Sebaliknya kuasa diberikan kepada majlis, iaitu sebuah badan yang tidak menyalahgunakan kuasa, ertinya kuasa eksekutif sepenuhnya tidak ada pada PM tetapi pada badan ini, pada lembaga ini, sebagaimana yang pernah dilakukan kepada POCA dan POTA, iaitu undang-undang pencegahan jenayah dan undang-undang pencegahan keganasaan, ini mesti difahami,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ Parlimen Bagan Datoh dan Pelancaran Jom JPJ Bersama Mu di perkarangan Wisma UMNO di sini hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori