Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dapat Gelaran Dato Di...

SETIAP tahun, begitu ramai rakyat Malaysia menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu...

16 ‘Tong’ Hadiah Tradisi...

DANIYAR Kessikbayez menafikan dakwaan terhadap bapa mentuanya, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi...

Tutup Saman Trafik: 3...

SHAH ALAM - Tiga anggota polis bersama seorang orang awam yang bertindak sebagai...

Minat Anggota Keluarga Kepada...

IPOH - Minat seluruh anggota keluarga kepada ping pong menjadi faktor utama mendorong...

Akta Hasutan: Yakin Parti Komponen BN Sokong Keputusan PM

KUCHING – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melahirkan keyakinan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) menyokong penuh keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengekal dan mengukuhkan Akta Hasutan 1948.

Mohd Shafie berkata ini kerana akta tersebut bukan hanya untuk kepentingan kaum Melayu dan orang Islam, sebaliknya akta itu akan menjaga kepentingan semua pihak di negara ini.

“Kita boleh bincangkan di kabinet. Saya yakin mereka boleh kemukakan (sebarang cadangan).

“Saya masih ingat dalam tahun 80an, ada cadangan daripada seorang ahli parti komponen BN supaya sekolah Cina ditutup, bayangkanlah jika kita (BN) ikut cadangan itu? Apa yang akan berlaku kepada MCA dan Gerakan?

“Akta ini sebenarnya memberi manfaat kepada semua pihak. Apapun, akan ada rundingan di kabinet,” katanya pada sidang media, di sini pada Selasa.


Mengulas lanjut, Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata rakyat seharusnya tidak terhasut dengan pandangan pihak antarabangsa bahawa Perdana Menteri tidak menepati janji apabila mengumumkan untuk mengekalkan Akta Hasutan.

“Jangan bimbang tentang pandangan pihak antarabangsa apabila berkata Perdana Menteri ‘break his promise’ (mungkir janji). Kita tak kisah tentang itu, yang penting kepada kita ialah pengekalan kestabilan dan keamanan negara, itu lebih penting.

“Akta hasutan ini diperlukan untuk menjaga ketenteraman negara.

“Maknanya Akta Hasutan ini juga menjaga semua perkara contohnya sekolah Cina dalam negara kita, menjaga keharmonian kaum, ini yang kita perlu kekalkan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori