Akta Hasutan Bakal Diganti Akta Baharu Lebih Menyeluruh

SUNGAI BESAR – Akta Hasutan 1948, jika dimansuhkan, bakal digantikan dengan satu akta baharu yang lebih menyeluruh, kata Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata akta sedemikian diperlukan antaranya bagi memantau penulisan dan penerbitan yang boleh dianggap mengganggu keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Oleh itu, sebarang penulisan atau kata-kata yang menghasut jika tidak kita ditangani dari awal, ia akan membawa kepada satu perbalahan yang lebih besar dan serius,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar di Sekichan di sini,
hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai gesaan sesetengah pihak yang mahu Akta Hasutan dikekalkan selain permintaan pihak yang mahu ia dimansuhkan.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos dan Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Sungai Besar yang juga Anggota Parlimen kawasan Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon. – BERNAMA

Loading...