Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TMJ Kritik FAM Ampunkan...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik langkah Persatuan...

Video: Pemandu Lori ‘Bebal’...

JOHOR BAHRU - Tindakan kurang bijak seorang pemandu lori yang membuat Pusingan U di...

Kit Siang Mahu Bersara,...

KUALA LUMPUR - "Patutkah saya bersara dan lupakan Malaysia Baharu?" Itu pertanyaan pemimpin...

PM Modi Lawat Indonesia,...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri India, Narendra Modi, akan mengadakan lawatan rasmi ke...

Akta Aksem Berkuat Kuasa Jumaat, 29 Disember

KUALA LUMPUR – Kerajaan menetapkan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 (Akta 779) akan berkuatkuasa pada 29 Disember ini.

Sejajar itu, sebuah agensi kerajaan baharu dikenali sebagai Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) ditubuhkan dibawah akta berkenaan.

Aksem bertanggungjawab untuk mengawal kegiatan penyeludupan atau aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undang-undang sempadan darat negara.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, Akta 779 digubal untuk memperkemaskan tindakan kawalan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti-aktiviti di sempadan darat negara.

“Melalui Akta, ini fungsi Aksem telah diperluaskan bagi melaksanakan kawalan di kawasan sempadan darat negara termasuk di Sabah dan Sarawak,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut KDN, fungsi itu membolehkan Aksem melaksanakan operasi sehingga ke garis persempadanan negara bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Jelas KDN, ia akan memperkukuhkan lagi tahap kawalan keselamatan yang pada masa ini dilaksanakan Pasukan Gerakan Am, (PGA), PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi penguatkuasaan lain. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • AKSEM

Kategori