Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jauhi Rasuah, Salah Guna...

ALOR SETAR - Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan para pentadbir...

Lelaki Tolak Anak Keluar...

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa pula tidak terhingga. Ternyata pepatah lama Melayu...

Tiada Lagi Era Konfrontasi...

SINGAPURA - “Kami tidak sekali-kali ingin kembali kepada era diplomasi konfrontasi dan gemar...

Kerana Jari, Kapal Terbang...

NEW DELHI - Sebuah kapal terbang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan gara-gara seorang wanita mengamuk sakan...

AKSEM Patahkan 2 Cubaan Seludup Masuk Beras Pulut

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk kira-kira 30,000 kilogram beras pulut bernilai RM120,000 dalam dua operasi berasingan di Kodiang, petang semalam.

Komander AKSEM Bukit Kayu Hitam, ASP Mohd Khairi Abdullah berkata, dalam operasi itu dua lelaki tempatan berusia 38 dan 39 tahun ditahan kerana membawa muatan dari Thailand tanpa sebarang dokumen yang sah.

Mohd Khairi berkata, rampasan pertama susulan penahanan seorang pemandu lori berusia 38 tahun pada pukul 4 petang setelah didapati membawa 300 guni beras pulut seberat 15,000 kilogram dengan nilai RM60,000.

“Anggota kita yang mendapat maklumat kemudian bergegas ke lokasi dan menahan lori tersebut yang sarat dengan muatan.

Apabila di periksa, sebanyak 300 guni beras pulut yang setiap satu seberat 50 kilogram disusun bertingkat-tingkat untuk dibawa ke sini ekoran permintaan yang tinggi menjelang Aidilfiri nanti,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Kompleks AKSEM Bukit Kayu Hitam di sini, hari ini.

Beliau berkata, rentetan itu sebuah lagi lori “bonded” seberat lima tan turut ditahan berselang 20 minit dari penahanan pertama.

Seorang pemandu berusia 39 tahun ditahan selepas melakukan kesalahan sama dengan menyeludup 300 guni beras pulut bernilai RM60,000.

Hasil pemeriksaan ke atas lori itu mendapati nombor plat yang digunakan juga adalah palsu.


“Kita percaya aktiviti penyeludupan ini melibatkan sindiket yang sama dan pemandu diberi upah RM200 untuk membawa masuk beras pulut ke negeri ini, ” katanya.

Ekoran itu, kesemua barang rampasan dan lori dirujuk ke bahagian Kawal Selia Beras dan Padi Kedah di Alor Setar untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes di siasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) yang jika sabit kesalahan mereka boleh didenda maksimum 25,000 setiap kes dan barang disita.

Mohd Khairi berkata, ini merupakan rampasan terbesar selepas kes pertama yang melibatkan rampasan 296 guni beras pulut di sebuah restoran makanan segera dekat restoran makanan segera di Changlun pada 5 Jun lepas.

“Kita akan terus meningkatkan kawalan kerana kita percaya akan ada lagi kes seumpama ini kerana beras pulut ini mendapat permintaan yang tinggi ketika menjelang Hari Raya,” katanya. – BERNAMA

Kategori