Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rohingya: Cadangan Penting Dikemuka...

PUTRAJAYA - Malaysia mengemukakan beberapa cadangan penting bagi menangani isu berhubung nasib etnik...

Draf Akta Berita Palsu...

KUALA LUMPUR - Draf akhir akta baharu yang bertujuan menangani penularan berita palsu...

Mangsa Serbuan Ramadan Dibantu

Jakarta - Tindakan pihak berkuasa tempatan di Serang, wilayah Banten, merampas makanan jualan seorang wanita...

India Batal Pasport, Tapi...

NEW DELHI - India secara rasmi telah membatalkan pasport pendakwah kontroversi, Dr. Zakir...

Akibat Hutang Minyak, SpiceJet India Gagal Terbang

Syarikat penerbangan kedua terbesar India, SpiceJet memiliki hampir 50 buah pesawat dengan 340 penerbangan setiap hari. – Gambar hiasan

NEW DELHI – Ketika syarikat penerbangan seluruh dunia bergembira harga minyak jatuh untuk tempoh lama sekali gus kos operasi turun, lain pula hal dengan syarikat penerbangan kedua terbesar India, SpiceJet apabila gagal beroperasi juga kerana isu minyak.

Ia berlaku apabila syarikat dimiliki firma rangkaian media terbesar India, Sun Media Group dan diasaskan sejak 2005 itu gagal melunaskan hutang bekalan bahan bakar berjumlah 6 bilion rupee (RM328 juta) kepada pelbagai syarikat minyak milik kerajaan pusat.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 1,900 penerbangan SpiceJet terpaksa dibatalkan sejak minggu lalu, malah agensi berita rasmi Press Trust of India melaporkan langsung tiada sebuah pun pesawat SpiceJet dapat terbang ke mana-mana destinasi sepanjang hari ini.

Ketua pegawai kewangan Sun Group, S.L. Narayanan mengesahkan SpiceJet memang bermasalah hutang namun ketua pegawai operasi SpiceJet, Sanjiv Kapoor memberi jaminan isu tunggakan hutang itu ditangani sambil memohon maaf kepada para pelanggan.


Kementerian Penerbangan Awam India semalam turut membuat rayuan terbuka agar bank tempatan memberi pinjaman kepada SpiceJet selepas Sun Group, firma induk SpiceJet dilaporkan tidak mampu menyelamatkan lagi syarikat penerbangan bermasalah itu.

Stesen televisyen tempatan juga menyiarkan rakaman ramai penumpang berasa marah apabila terkandas di lapangan terbang ekoran krisis hutang minyak SpiceJet bahkan memaki hamun petugas syarikat itu menuntut dipulangkan semula wang tambang mereka.

Industri penerbangan India amat sengit dengan banyak syarikat ‘berperang’ harga tiket namun isu SpiceJet jika gagal ditangani bakal menyaksikan ia mengalami nasib seperti Kingfisher Airlines milik jutawan India, Vijay Mallya yang muflis pada 2012. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori