Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Budak 4 tahun ‘Mengalahkan’...

AKSI mencuit hati seorang budak lelaki berusia empat tahun yang berjaya 'mengalahkan' pemain...

Cemas ‘Dikejar’ Pemandu Bas...

SIAPA yang tidak takut apabila kenderaan dinaiki 'dikejar' dan diekori sebuah bas ekspres...

Hati-hati Dengan Jus Jeruk...

SARABURI - Setelah heboh dengan terbongkarnya kilang pemprosesan syampu palsu, pihak polis di...

Mahathir Mohon Maaf Tidak...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana...

Akibat Dendam, Nelayan Bunuh Kawan Baik

AKIBAT dendam lama kerana isterinya dirampas, seorang lelaki nekad membunuh suami bekas isterinya itu ketika mereka berdua memancing ikan di Pulau Pisang, Kolaka, Sulawesi Tenggara.

Lapor Tribunnews, suspek yang dikenali sebagai Sudir, 50 tahun dikatakan membunuh Suardi, 60 tahun menggunakan golok yang juga merupakan rakannya.

Malah insiden itu pada mulanya berlaku apabila mangsa dikatakan melambai tangan seolah-olah mengejeknya dari atas sampan ketika memancing ikan.

Kerana tidak tahan menerima ejekan, suspek yang turut mempunyai dendam lama bertindak merapatkan sampannya ke sampan mangsa lalu melibas lelaki itu bertubi-tubi.

Ekoran tindakan itu, mangsa mengalami kecederaan di tangan, kepala dan leher.

Sebaik sahaja melibas mangsa, suspek kemudian pulang ke rumah dan memberitahu keluarganya mengenai kejadian itu, lapor portal berita Tegas.co.


Ketua Polis Wolo, Iptu Abdul Rahkman berkata, insiden itu berlaku kerana diejek selain dendam lama kerana isterinya diambil mangsa.

Katanya, pihaknya turut merampas golok yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa. -MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori