Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Rita Datuk Sosilawati Lancar...

KUALA LUMPUR - Pemilik produk kecantikan Nouvelles Visages, Rita Datuk Sosilawati meluaskan empayar perniagaannya...

‘ASP’ Kaki Pinjam Akhirnya...

ALOR GAJAH - Padah menggunakan identiti ASP Azizul Abu Hanifah bin Tan Sri...

Tiada Pemimpin UMNO Johor...

JOHOR BAHRU - Tiada pemimpin UMNO Johor dijangka meninggalkan parti itu untuk menyertai...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Rantau...

Ajal Bapa Dan Anak Dalam Kemalangan

DUA beranak maut selepas Perodua Myvi dinaiki terbakar dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer 9 Jalan Kluang – Batu Pahat Johor 8.30 malam

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa yang maut dikenali serebagai Mohd Irwan Shah Mohd Yusop, 36, yang juga pemandu kenderaan berkenaan dan anaknya Nur Syahzanani Munirah, 17.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di dalam kenderaan yang terbakar itu dan dikeluarkan anggota bomba selepas api berjaya dipadamkan.

“Kemalangan dipercayai ketika Perodua Myvi dari arah Sri Gading menghala ke Batu Pahat dan sampai di tempat kejadian kereta dipandu hilang kawalan dan langgar penghadang tengah jalan dan masuk lorong sebelah kanan.

“Pada masa yang sama sebuah Ford Fiesta dari arah bertentangan bertembung dengan Myvi berkenaan menyebabkan pemandu Honda Civic yang berada di belakangnya cuba mengelak dan melanggar serpihan Myvi.

“Akibat perlanggaran itu kedua mangsa yang berada dalam Myvi berkenaan maut terbakar manakala pemandu Ford Fiesta yang belum dikenal pasti identitinya parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

“Pemandu Honda Civic yang belum dikenal pasti identiti hanya cedera dan seorang lagi pemandu Proton Satria berusia 34 tahun tidak cedera,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilana pada 8.27 malam.

“Pegawai Operasi PBK II Misro Rusdan bersama enam anggota sampai di tempat kejadian dan berjaya mengeluarkan kedua mangsa selepas api berjaya dipadamkan,” katanya operasi ditamatkan pada 9.15 malam. – myMetro Online

Kategori