Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Atikah Suhaime Tarik Diri,...

PELAKON yang dulunya popular dengan drama Bila Hati Berbicara, Atikah Suhaime dikatakan mahu...

PM Melakukan Lawatan Sehari...

KUALA NERUS - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini...

Mira Filzah Mengaku Rapat...

PELAKON dan pengacara cantik, Mira Filzah mengakui bahawa dia dan aktor, Zizan Razak...

PM Yakin Perlis Kekal...

KANGAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Perlis akan terus...

AirAsia Tingkatkan Kekerapan Ke Honolulu

KUALA LUMPUR – AirAsia X kini bersedia untuk meningkatkan kekerapan daripada empat ke tujuh penerbangan seminggu ke Honolulu, Hawaii, dari Kuala Lumpur melalui Osaka, Jepun, bermula 16 Ogos, 2018.

Ia berikutan permintaan yang tinggi dari Asia Tenggara, dengan promosi terkini syarikat penerbangan itu bermula hanya dari RM700 sehala termasuk cukai,

Honolulu, ibu negeri yang terletak di pulau yang paling ramai penduduk di Hawaii, O’ahu, adalah bandar moden yang menawarkan daya tarikan pulau, termasuk Pantai Waikiki yang terkenal di dunia, yang pernah menjadi lokasi rumah percutian raja dan permasuri Hawaii.

“Kemasukan pertama kali kami ke Honolulu tahun lepas, yang menawarkan tambang murah menakjubkan merangsang permintaan dan mendorong permintaan yang luar biasa dari rantau Asia Tenggara.

“Dalam masa kurang dari setahun, pasaran berkenaan berkembang dengan pesat dan kami bersedia untuk menawarkan penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Honolulu untuk memenuhi permintaan yang meningkat dan mengalu-alukan pelancongan dari kedua-dua rantau,” kata Ketua Komersial Kumpulan AirAsia X, Barry Klipp, dalam satu kenyataan hari ini.


Penumpang boleh mendapatkan jualan tambang terhad ini ke Honolulu dari 28 Mei, 2018 sehingga 3 Jun, 2018, untuk tempoh penerbangan bermula 18 Ogos, 2018, sehingga 13 Ogos, 2019, di airasia.com.

Penumpang juga boleh menggunakan perkhidmatan AirAsia’s Fly-Thru untuk sambungan yang lancar dari bandar lain dalam rangkaian penerbangan AirAsia and AirAsia X dengan hanya satu hentian tambahan. — BERNAMA

Kategori