AirAsia Terbang Dari KK Ke Bangkok Mulai 16 Ogos

KUALA LUMPUR – AirAsia Group Bhd. akan memulakan perkhidmatan dari Kota Kinabalu (KK) ke Bangkok, Thailand mulai 16 Ogos ini, sambungan kesembilan syarikat penerbangan itu yang mengubungkan Malaysia dengan Thailand.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu hari ini, berkata penerbangan terus KK-Bangkok akan dikendalikan oleh AirAsia Thailand, dengan promosi tambang semua dalam satu bermula daripada RM99 untuk perjalanan sehala merangkumi 16 Ogos 2018 sehingga 13 Ogos 2019.

Tempahan bagi tiket promosi ini boleh didapati mulai hari ini sehingga 17 Mei 2018.

Sekarang ini, laluan Malaysia-Thailand yang dikendalikan oleh AirAsia melibatkan penerbangan Kuala Lumpur (KL) – Bangkok (84 kali seminggu), Pulau Pinang-Bangkok (14 kali seminggu), Johor Bahru-Bangkok (11 kali seminggu), KL-Hat Yai (11 kali seminggu), KL-Hua Hin (empat kali seminggu), KL-Chiang Mai (tujuh kali seminggu), KL-Phuket (tujuh kali seminggu) dan KL-Krabi (21 kali minggu). – BERNAMA

Loading...