Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Intervensi Bagi Kukuhkan Wang...

KEMENTERIAN Kewangan akan melakukan intervensi jika perlu untuk memastikan skim simpanan untuk persaraan...

Suspek Kes Samun Keluar...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga asing, dipercayai suspek kes samun keluar bank,...

Korea Utara Nafi Terbabit...

SEOUL – Korea Utara menolak dakwaan terlibat dengan kes serangan terhadap duta Amerika...

Gareth Bale Cuba ‘Menggoda’...

GARETH Bale dikesan cuba 'menggoda' Jose Mourinho selepas perlawanan Super Cup yang menyaksikan...

AirAsia Tambah Penerbangan Sempena Aidiladha

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia akan meningkatkan kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan; Kuala Terengganu, Terengganu; Johor Bahru, Johor dan Alor Setar, Kedah pada sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

AirAsia dalam satu kenyataan media berkata, penerbangan ke Kota Bharu akan bertambah daripada 75 kepada 89 penerbangan sehala seminggu, manakala penerbangan ke Kuala Terengganu akan bertambah daripada 47 kepada 54 penerbangan sehala seminggu,

Kata AirAsia, penerbangan ke Alor Setar pula akan bertambah daripada 33 kepada 40 penerbangan sehala seminggu dan semua penerbangan itu dari 26 Ogos 2017 hingga 3 September 2017.

“Manakala, penerbangan ke Johor Bahru akan bertambah daripada 38 kepada 41 penerbangan sehala seminggu untuk tempoh perjalanan dari 29 Ogos hingga 12 September 2017.

“AirAsia turut menawarkan 20 peratus diskaun untuk Semua Tempat Duduk, Semua Penerbangan bermula sekarang hingga 16 Julai 2017 untuk tempoh perjalanan dari 17 Julai 2017 hingga 23 November 2017.

“Tempahan boleh dibuat melalui airasia.com, aplikasi AirAsia untuk peranti mudah alih dan AirAsiaGo,” kata kenyataan itu hari ini.


AirAsia dalam pada itu menasihati penumpang AirAsia supaya tiba di lapangan terbang tiga jam sebelum waktu berlepas dan melakukan daftar masuk sendiri melalui laman web, aplikasi mudah alih atau kiosk perkhidmatan untuk mengelakkan kesesakan.

Jelas AirAsia, kaunter bagasi ditutup 60 minit sebelum waktu pelepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X, justeru penumpang disaran membuat pra-tempahan bagasi berdaftar secara atas talian untuk perjalanan yang lebih lancar.

“Tetamu juga disyorkan untuk membuat pra-tempahan hidangan secara atas talian yang boleh didapati sehingga 24 jam sebelum waktu pelepasan yang dijadualkan,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori