AirAsia Sokong Bantuan Gempa Bumi Di Lombok

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah berpangkalan di Malaysia, AirAsia hari ini mengumumkan akan memberikan bantuan pengangkutan udara bagi membantu mangsa gempa bumi di Lombok, Indonesia.

Menurut kenyataan syarikat itu hari ini, bantuan itu termasuk perjalanan udara bagi memudahkan pergerakan pekerja bantuan dan kakitangan perubatan, pengangkutan barang bantuan serta pergerakan bekalan makanan kering dan selimut.

Organisasi bantuan berdaftar turut dialu-alukan untuk membantu mangsa gempa bumi dengan menghantar emel kepada [email protected] yang mana peraturan penghantaran dan keperluan kargo akan diberi selepas penilaian.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut usaha sokongan bantuan AirAsia boleh melayari laman Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (Twitter.com/AirAsia). – BERNAMA

Loading...