Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ketumbuhan Peti Suara Tak...

SEJAK Konsert AF Megastar Homecoming membuka tirainya Ahad lalu, nama Bob sering disebut-sebut...

Azmin Dakwa PN Mampu...

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di...

Joy Revfa Belum Bercerai...

SEPERTI satu igauan ngeri, kini semakin bertubi-tubi dugaan hadir dalam perkahwinan penyanyi Hafiz...

STOA Minta Kerajaan Beri...

SIBU - Persatuan Pemilik Teksi Sibu (STOA) meminta kerajaan persekutuan memberi bantuan subsidi...

AirAsia Beri Respon Terhadap Tuntutan MAHB

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd memaklumkan telah menerima Surat Tuntutan Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB) pada Isnin berhubung tuntutan supaya ia menarik balik kenyataan media yang dibuat sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Malaysia, Riad Asmat dan CEO AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata syarikat penerbangan itu bagaimanapun tidak terkejut dengan satu lagi respon undang-undang MAHB membabitkan isu tersebut.

“Kami keliru kerana pengendali lapangan terbang itu terus menggunakan kedudukan dominannya serta ancaman mengambil tindakan undang-undang bagi menyekat ulasan yang adil,” kata AirAsia dalam satu kenyataan pada Isnin.

Syarikat penerbangan itu turut menyifatkan tindakannya itu sebagai maklum balas terhadap saman yang difailkan MAHB membabitkan caj perkhidmatan penumpang (PSC).

“Dalam usaha menggalakkan dialog terbuka dan mencari penyelesaian, kami menawarkan perantara sepertimana ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia untuk meleraikan semua isu tertangguh, namun MAHB menolaknya.


“Kami juga berpendapat bahawa pertikaian mahkamah itu akan memberi kesan negatif terhadap ekonomi dan industri penerbangan Malaysia. Bagaimanapun, kami tetap mempertahankan kenyataan yang telah dibuat dan beranggapan ancaman tindakan undang-undang itu adalah sesuatu yang tidak wajar,” katanya.

Jelas AirAsia, pihaknya akan menggunakan semua saluran yang ada untuk mempertahankan diri daripada semua tindakan, sama ada menerusi perantara atau arbitrasi yang ditetapkan undang-undang atau “di mahkamah undang-undang sepertimana diinginkan MAHB.” – BERNAMA

Kategori