Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tips Berbelanja Ketika Mengunjungi...

PLAZA Low Yat memang terkenal sebagai syurga membeli belah barangan berkonsepkan IT di Kuala...

Badan Budak Berusia 3...

Kesian kami melihat nasib budak malang yang baru berusia 3 tahun ini.Badan kecil...

PPR Tehel Beri Sinar...

JASIN – Ketika orang lain nyenyak tidur dibuai mimpi, L. Selah (wanita) seorang...

Gajah Liar Resahkan Penduduk

BALING - Kehadiran gajah liar di kawasan Kampung Batu 8, di sini sejak...

Air Pasang: Mangsa Dipindahkan Meningkat Di Selangor

SHAH ALAM – Jumlah penduduk yang dipindahkan ekoran fenomena air pasang besar di Selangor, meningkat kepada 482 orang pagi ini berbanding 459 orang malam tadi.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Bencana Selangor, peningkatan itu membabitkan penduduk Kampung Batu 5, Kapar, Klang, yang sebahagian besarnya ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Ahmad Razali.

Katanya, sehingga 9 pagi ini jumlah mangsa yang berada di pusat itu adalah sebanyak 152 orang berbanding 133 malam tadi.

Selain Dewan Serbaguna Datuk Ahmad Razali di Kapar, terdapat empat lagi pusat pemindahan dibuka di negeri ini ekoran fenomena tersebut iaitu Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda juga di Kapar yang menempatkan 236 orang, Dewan Seri Sekinchan (dua orang), Dewan Sungai Air Tawar (63 orang) dan Dewan Parit Baru (29 orang) di Sabak Bernam.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Bencana Negeri Selangor Ahmad Afandi Mohamad, dalam kenyataan berkata ban Sungai Keramat yang pecah di Kampung Batu 5 akibat air pasang besar awal pagi tadi akan dibaiki serta merta dan kawasan itu kini dalam pemantauan agensi keselamatan.

Di daerah Sabak Bernam pula, Ahmad Afandi berkata kawasan seperti Sungai Lang, Pantai Batu 23 dan Kampung Nelayan Bagan Nakhoda Omar turut dinaiki air akibat fenomena itu, namun keadaannya terkawal dan air mulai surut.

“Terdapat juga limpahan air laut di pesisiran Pantai Kelanang, Kuala Langat namun keadaan masih selamat,” katanya.

Di PERAK, kawasan yang terjejas ekoran fenomena sama kekal lima iaitu Bagan Ikan, Bagan Sungai Burung, Bagan Sungai Tiang, Bagan Lipas dan Bagan Pasir Laut.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah Bagan Datoh Datuk Hamzah Hussin berkata limpahan air pasang di kawasan berkenaan berlaku kira-kira 5 pagi sebelum surut sejam kemudian.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah Hilir Perak Zulhisham Ahmad Shukori memaklumkan lima kawasan di Teluk Intan dinaiki air awal pagi tadi iaitu Kampung Batu 7 1/2 Jalan Maharajalela, Kampung Seri Jaya Batu 6, Lorong Kalat Batak Rabit, Jeti Pak Ali Sungai Jelawat dan Kampung Esso.

Katanya air mula memasuki kawasan dan halaman rumah penduduk sekitar 4 pagi, namun tiada pemindahan dilakukan kerana air surut sepenuhnya pada 7.30 pagi.

Di Kampung Bagan Panchor, Pantai Remis, keadaan di kawasan itu dalam keadaan terkawal biarpun air pasang mula naik secara berperingkat mulai pukul 2.30 pagi.

Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Manjung, M. Sasitharan berkata paras air di kawasan berkenaan mencatatkan 3.3 meter dari paras laut setakat 5.45 pagi.

“Bagaimanapun, air mula surut pada pukul 6 pagi. Cuaca juga dalam keadaan baik dan tiada banjir berlaku di kawasan ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori