Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu 2 Anak Didakwa...

PETALING JAYA - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini,...

Nenek Disiasat Dan Dikecam...

Seorang nenek di Ohio, Amerika Syarikat telah disiasat oleh pihak berkuasa selepas tindakannya...

Tommy Thomas Nasihat Kerajaan...

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy Thomas mengakui beliau telah menasihati kerajaan untuk...

Kes Bunuh Diri Kanak-Kanak...

KES bunuh diri kanak-kanak di Jepun mencapai angka tertinggi dalam tempoh tiga dekad,...

Air Pasang Besar Cetus Banjir Kilat Di Kuala Kedah

ALOR SETAR: Fenomena air pasang besar hampir dua jam melanda Kuala Kedah tengah hari tadi, menyebabkan kawasan terbabit termasuk sekitar terminal feri, dekat sini, dilanda banjir kilat.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Banjir sedalam hampir 0.5 meter bermula jam 12 tengah hari berpunca paras air laut yang naik mendadak bertembung dengan cuaca hujan lebat, mengakibatkan banyak kenderaan terkandas termasuk ada yang rosak.

Tinjauan mendapati orang ramai ada yang mengharungi banjir kilat berikutan panik, manakala peniaga mengalami kerugian selepas kawasan gerai dinaiki air secara mengejut.

Turut terjejas perkhidmatan feri ke Langkawi melalui Terminal Kuala Kedah yang sepatutnya berlepas jam 12.30 tengah hari ke Langkawi apabila terpaksa dilewatkan hampir 35 minit akibat banjir kilat, namun kembali memulakan pelayaran jam 1.05 petang.

Difahamkan, paras air laut mencapai tahap puncak setinggi tiga meter jam 1 tengah hari menyebabkan air laut melimpah, namun mulai surut bermula 2 petang.

Pegawai Pembantu Pengurusan Ferrylines Ventures, Shuhairol Nizam Hassan, berkata feri sepatutnya membawa 225 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi hanya dinaiki sebilangan kecil penumpang selepas ramai terkandas ketika banjir kilat.

“Paras air laut jam 12.30 petang itu agak tinggi sehingga mencecah jeti, namun penumpang yang tiba masih boleh turun dan berjalan seperti biasa ke terminal.

“Bagi yang terkandas akibat air pasang, mereka masih boleh menaiki feri berikutnya ke Langkawi jam 2.30 petang,” katanya ketika ditemui.


Sementara itu, pelancong, M Viminii, 22 dan rakannya, Noor Shazliza And Rahman, 27, berkata mereka baharu tiba di Terminal Feri Kuala Kedah dari Langkawi jam 11 pagi sebelum terkejut melihat banjir kilat.

“Feri kami bertolak dari Langkawi pada jam 11 pagi, namun ketika menghampiri perairan Kuala Kedah, feri yang dinaiki mula beralun dan bergoyang kuat menyebabkan keadaan agak cemas kepada penumpang lain.

“Sebaik tiba di terminal, kami lihat air memenuhi kawasan parkir kereta dan saya mengambil keputusan menunggu sehingga air surut sebelum dapat berjalan kaki mengharungi air,” katanya.

Peniaga nasi beriani, Mohd Ariff Azizan, 30, berkata dia dan rakannya berniaga di tepi jalan sebelum air laut mula melimpah, namun sempat menyelamatkan barangan jualan.

“Kami hanya sempat berniaga dua jam sebelum air naik mendadak jam 12 tengah hari.

“Tak sampai 15 minit air penuh, tetapi saya sempat angkat semua barang jualan walaupun masih banyak nasi belum dijual,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori