Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MRT Runtuh: CEO MRT...

PETALING JAYA - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd...

Wanita Buat Laporan Palsu...

BATU GAJAH - Mahkamah Majistret di sini membenarkan seorang wanita direman empat hari...

Kastam Kenal Pasti 5,000...

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah berjaya mengenal pasti 5,000 syarikat...

Kekal Semangat Juang Hadapi...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap rakyat terus cekal dan kekal...

Air Pasang: 3 Pusat Pemindahan Dibuka Semula Di Kuala Muda

ALOR SETAR – Tiga pusat pemindahan di daerah Kuala Muda yang ditutup petang semalam dibuka semula 4 pagi tadi selepas berlaku gelombang kedua fenomena air pasang besar.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Lt Muda Pertahanan Awam, Azahar Ahmad berkata setakat 9 pagi tadi, seramai 132 orang dari 30 keluarga dipindahkan.

Pusat tersebut ialah di Dewan Kampung Paya yang menempatkan 85 orang dari 17 keluarga, Surau Kampung Sungai Yu yang menempatkan 39 orang dari 10 keluarga dan Sekolah Kebangsaan Seri Kuala yang menempatkan lapan mangsa dari tiga keluarga.

Beliau berkata air mula naik kira-kira 3 pagi dan penduduk dipindahkan selepas paras air mencecah satu meter.

Azahar berkata ketinggian ombak pada 2.7 meter beserta angin kencang menyumbang kepada fenomena berkenaan.


“Bagaimanapun trend ombak besar telah menunjukkan penurunan berbanding Ahad lepas yang mencatatkan ketinggian 2.9 meter,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu tiga pusat yang menempatkan 432 orang dari 113 keluarga Ahad lepas telah ditutup pada 5 petang semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori