Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

1MDB: Ahmad Said Beri...

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selesai memberi keterangan...

Istana Selangor Minta Anwar...

Istana Selangor hari ini menafikan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa...

Penjaga Kaunter Spa Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang penjaga kaunter spa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini...

Kerajaan Terus Tingkat Keupayaan...

KUCHING - Kerajaan akan terus menggiatkan dan memperkenalkan langkah-langkah bagi meningkatkan keupayaan agenda...

Ain Tukar Fikiran Saat Akhir – Bapa

LIPIS – Mangsa kemalangan maut, Nur Farah Farahainsah Jaafar sepatutnya pulang ke kampung dengan rakan sekampung, namun menukar fikiran pada saat akhir untuk menemani rakannya ke Kuala Lumpur.

Bapanya Jaafar Kassim, 58, berkata mengikut rancangan asal, anak ketiga daripada lima beradik itu akan menumpang kereta anak jirannya, yang akan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan untuk mengambil adiknya semalam.

Nur Farah Farahainsah, 21, yang mesra dipanggil Ain merupakan pelajar semester dua jurusan penyelenggaran pembaikan struktur pesawat di IKBN Pekan.

Tiga Beradik Dan Rakan Maut Ketika Ingin Pulang Beraya

“Ain beritahu rakannya akan hantar terus ke rumah. Lepas subuh tadi, arwah ada telefon untuk beritahu dia sudah sampai… saya tanya sampai mana? dia jawab baru sampai di Kuala Lumpur.

“Katanya akan terus pulang ke rumah selepas itu,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Lipis di sini, hari ini.

Jaafar berkata beliau dimaklumkan kematian anaknya oleh isterinya Kamariah Che Mut, 46, sekitar pukul 12 tengahari dan bergegas ke sini.

Katanya, kali terakhir mereka bertemu ialah sebelum Ain melanjutkan pelajaran ke IKBN pada Julai lalu, semasa menghantar arwah ke stesen bas Kota Bharu, Kelantan.


Beliau menambah anaknya juga ada memaklumkan hasrat mahu mencari kerja di Dubai selepas tamat pengajian pada Jun tahun hadapan.

Jenazah anaknya akan dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Tok Sidi, Meranti Pasir Mas pada pagi esok, tambahnya.

Ain disahkan meninggal dunia pada pukul 9.50 pagi tadi, selepas kereta dinaikinya merempuh sebuah lori di Kilometer 19, Jalan Lipis-Merapoh-Gua Musang dekat Padang Tengku di sini.

Turut maut ialah rakan karib mangsa Norfasmida Mohamed, 24, yang memandu kereta itu dan kakaknya Mimi Suziana, 39, serta adiknya Ahmad Faris, 16, yang dalam perjalanan pulang ke Kampung Keluat Beris, Kubur Besar di Bachok, Kelantan. – BERNAMA

Kategori