Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tokoh Akademik Rashdan Baba...

KUALA LUMPUR - Tokoh akademik negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Rashdan...

Penyerahan Myvi Serba Baharu...

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah menyerahkan 1,000 unit...

Wow! Mahathir Sewa Heli...

MEWAH... Kononnya secara tersurat mahu tunjuk tidak salah guna aset kerajaan, namun secara tersirat, mesti...

BN Yakin Tiada Sabotaj...

JOHOR BAHRU – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

Aidilfitri: Puspakom Tawar Pemeriksaan Percuma

KUALA LUMPUR – Puspakom Sdn. Bhd., (Puspakom) akan menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Persendirian Sukarela (VVI) secara percuma sempena Aidilfitri, bermula Selasa ini hingga 23 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammed Shukor Ismail berkata pemeriksaan percuma bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu disediakan di semua cawangannya kecuali di Shah Alam, Taman Bukit Maluri, Mak Mandin dan Kota Bharu yang dikhaskan untuk kenderaan perdagangan sahaja.

Pemeriksaan VVI tersebut, yang dijangka memakan masa 30 minit itu, akan merangkumi 25 peringkat ujian termasuk gelincir sisi, suspensi, ketelusan cahaya cermin serta brek dan lampu.

Perkhidmatan ini adalah sejajar dengan kempen #drivesafenoregrets dan menggalakkan pemilik kenderaan menjalankan pemeriksaan kenderaan sebelum pulang ke kampung halaman, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Tahun lepas, Puspakom telah memeriksa 3,000 buah kenderaan persendirian dan pihak kami menyasarkan peningkatan sebanyak 10 peratus atau 3,300 kenderaan pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini, katanya.


Dalam tempoh kempen itu, katanya, Puspakom akan menganjurkan pertandingan #drivesafenoregrets “write caption and win” (menulis kapsyen dan menang) di mana pelanggan yang menjalankan pemeriksaan VVI percuma berpeluang memenangi hadiah menarik.

Sempena Aidilfitri ini juga, Puspakom akan melanjutkan waktu operasi pada 17 Jun dari jam 8 pagi sehingga 5 petang di beberapa cawangan seperti di Wangsa Maju, Batu Caves, Petaling Jaya, Cheras, Mak Mandin, Teluk Kumbar, Alor Setar, Gopeng, Kuantan, Alor Gajah, Seremban, Johor Bahru, Skudai, Kuching dan Kota Kinabalu. – BERNAMA

Kategori