Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tipulah Kalau Kata Saya...

MELAKA - "Tipulah kalau kata saya tidak terkilan," kata jurulatih berpengalaman Mat Zan...

Menjawab Persoalan Blogger Nikah...

SENSASI pertikaman 'lidah' antara penulis blog tempatan, Datuk A Kadir Jasin dengan Pegawai...

TKM P.Pinang Lapor Polis...

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Rashid...

Jaga Kelab Malam Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal kelab malam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Aidilfitri: Polis Lancar Program ‘Coffee Break’

GUA MUSANG – Dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sempena musim perayaan kali ini, polis Gua Musang mengadakan program ‘Coffee Break’ malam tadi bagi membantu pemandu menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Rajab Ahad Ismail berkata sebanyak 5,000 cawan kopi telah diagihkan kepada pemandu yang melalui jalan Kuala Lipis-Gua Musang sejak 11 malam  di Hentian Gua Musang di Tanah Puteh, di sini.

“Inisiatif mengagihkan minuman kopi itu menjadi usaha polis Gua Musang setiap kali musim perayaan tiba sekali gus memberi mesej supaya pengguna dapat menjaga keselamatan semasa berada di jalan raya dan selamat tiba di destinasi.

“Kami menjangka aliran trafik akan bertambah sesak pada malam hari Sabtu (malam Ahad) di semua laluan dan kami akan pantau keadaan itu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program berkenaan malam tadi.

Majlis pelancaran program itu yang disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Ab Aziz Yusof itu turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Hentian Gua Musang Che Ibrahim Che Ismail dan Pengerusi Majlis Belia Jajahan (MBJ) Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Ab Ghani.


Beliau berkata rondaan di beberapa kawasan ‘panas’ kemalangan akan dipertingkatkan terutama pada malam Aidilfitri.

Bagaimanapun sejak Op Selamat dilancarkan pada 18 Jun lepas, katanya, belum ada sebarang kemalangan maut yang berlaku di jajahan berkenaan. – BERNAMA

Kategori