Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes ‘Cuci’ Duit Haram:...

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan siasatan terperinci dilakukan susulan pendedahan kes sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram sehingga tertangkapnya beberapa anggota polis termasuk pegawai kanan.- MYNEWSHUB

Lelaki Mati Dalam Kejadian...

SIBU - Seorang lelaki ditemukan mati dalam kejadian letupan gas di sebuah bengkel...

Usain Bolt Lakar Sejarah,...

RIO DE JANEIRO:  Dengan sorakan, "Bolt! Bolt! Bolt!" daripada penonton di stadium, atlet...

Kerajaan Mula Agih Peruntukan...

PUTRAJAYA - Kerajaan mula mengagihkan peruntukan khas sebanyak RM25 juta kepada 157 buah...

Ahmad Zahid Tiba Di Batalion PGA Lahad Datu

LAHAD DATU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini untuk lawatan kerja hari ini.

Beliau tiba pada 10.50 pagi dan hadir sama Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri taklimat disampaikan oleh Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) Datuk Hazani Ghazali dan Ketua Pengarah Rela Zulkifli Abidin.

Beliau kemudian akan menunaikan solat zohor di Masjid Batalion 17 PGA dan selepas itu menyampaikan sumbangan kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ahmad Zahid kemudian akan balik ke Tawau untuk berlepas pulang ke ibu negara. – BERNAMA

Kategori