Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Calon Anak Jati Balakong...

BALAKONG - Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Betul Ke? Uptown Shah...

BARU-baru ini, status seorang wanita mendapat perhatian ramai warga Internet apabila dia meluahkan...

Bekas MB Terengganu Diiring...

MESRA... Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mencatat sejarah buat dirinya...

Lelaki Maut, Pejabat Jeti...

HUTAN MELINTANG: Seorang lelaki ditemukan maut selepas sebuah pejabat di jeti nelayan swasta...

Ahmad Zahid Tetamu Kehormat Malam Wartawan Malaysia 2016

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadual menjadi tetamu kehormat Malam Wartawan Malaysia 2016 pada 20 Mei ini.

Menurut kenyataan Institut Akhbar Malaysia (MPI) hari ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, akan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI PETRONAS 2015, termasuk dua hadiah utama.

Tahun ini, HKM MPI-Petronas menarik 438 penyertaan media pelbagai bahasa dalam 18 kategori yang dipertandingkan termasuk lima kategori baharu iaitu reka bentuk muka halaman pertama terbaik, infografik terbaik, editorial kartun terbaik, laporan portal terbaik dan laporan radio terbaik.

Pemenang setiap kategori akan membawa pulang RM10,000 manakala pemenang hadiah utama iaitu Anugerah Kajai, akan membawa pulang RM30,000 berserta trofi dan sijil.

Turut dijadualkan hadir pada majlis yang akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori