Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Cubaan Curi Lembu Guna...

PORT DICKSON - Hasrat dua penjenayah untuk mencuri seekor lembu dengan cara menyumbatnya...

Tiada Isu Perkauman Dalam...

KUALA LUMPUR - Pemasangan tanglung di sekolah bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina...

Ibu Kejam Robek Perut...

Sangat kejam dan tidak berhati perut.. seorang wanita membunuh bayinya yang baru dilahirkan...

Penangguhan Pemilihan UMNO Beri...

HULU TERENGGANU - Penangguhan pemilihan UMNO dijangka mampu memberi peluang kepada setiap bahagian...

Ahmad Zahid Sedih Atas Kematian 4 Murid Orang Asli

WASHINGTON DC – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa dukacita ekoran kematian empat murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi yang sebelum ini hilang bersama tiga yang lain di Gua Musang, Kelantan.

Ahmad Zahid mengucapkan takziah kepada keluarga murid yang telah meninggal dunia selepas hilang sejak 23 Ogos lepas.

Pasukan mencari turut menemui dua murid perempuan, Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, dalam keadaan tidak bermaya dan kelaparan.

Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia. Dua lagi murid yang meninggal dunia belum dikenal pasti manakala seorang lagi masih dicari.

Ahmad Zahid berkata beliau sebelum ini telah menemui ibu bapa pelajar terbabit serta mengarahkan operasi pencarian diperluaskan dengan melibatkan pasukan Senoi Praaq.


Katanya Jabatan Pendidikan juga telah diarahkan supaya semua asrama murid Orang Asli dipindahkan ke bangunan sekolah manakala asrama sedia ada dijadikan kediaman guru.

Ini bagi membolehkan murid-murid tersebut tidak berasa terasing, kata Ahmad Zahid. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]UuJY7gNJ0XM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori