Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Ibrahim Titah MB...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Menteri Besar...

Sambutan Tetamu Kehormat Di...

KUALA LUMPUR - Semua sambutan tetamu kehormat di sekolah perlu dihadkan supaya tidak...

Jerebu Di Semenanjung Semakin...

KUALA LUMPUR - Masalah jerebu di Semenanjung dikhuatiri semakin serius hari ini, apabila...

Amik Kaw! Penangan Abam...

Tahniah kami ucapkan kepada Fad Bocey yang telah pun selamat bergelar suami kepada...

Ahmad Zahid Hadiri Program Bagan Datuk Berzikir

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri program Bagan Datuk Berzikir yang diadakan di Dewan Perdana Bagan Datuk di Kampung Parit 4, Sungai Sumun di sini, malam ini.

Ahmad Zahid yang berjubah putih bersama kira-kira 2,000 umat Islam sekitar daerah Bagan Datuk mengimarahkan program itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen Al-Hijrah.

Program yang dimulakan dengan solat berjemaah Maghrib dan Isyak serta bacaan Yasin itu menampilkan Imam Muda Nuri Ali Al-Bain, Amiril Md Banin dan Ustaz Dzulkarnain Hamzah bagi mengetuai bacaan zikir.

Turut hadir Pegawai Daerah Bagan Datuk Datuk Hamzah Husin, calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya dan calon BN bagi DUN Hutan Melintang Datuk Khairudin Tarmizi,

Program itu diadakan di bangunan Wisma UMNO Bagan Datuk yang baru sahaja siap dibina bagi menggantikan bangunan Wisma UMNO Bagan Datuk di Simpang 4, Hutan Melintang di sini. – BERNAMA

Kategori