Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JPN Nafi Caj Bayaran...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan khabra angin bahawa bayaran proses...

Tun M Hadiri Persidangan...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat...

Pemandu Bas Didakwa Sebabkan...

BALIK PULAU - Seorang pemandu bas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

PAS Jamin Himpunan RUU...

MARANG - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberi jaminan Himpunan...

Ahmad Hasbullah Panglima Tentera Darat Ke-27

KUALA LUMPUR – Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dilantik Panglima Tentera Darat yang baharu berkuatkuasa hari ini menggantikan Jen Tan Sri Zulkiple Kassim yang bersara wajib.

Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas antara Ahmad Hasbullah dan Zulkiple disaksikan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Ahmad Hasbullah, 57, pernah memegang jawatan Panglima Medan Tentera Darat pada 2009 sebelum dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat pada 2011.

Anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Dis 1981.

Selain itu, beliau pernah menjadi Pengarah Pendidikan ATM selama tiga tahun bermula 1 April 2001 dan berperanan mengubah dasar Skim Pengajian Tinggi ATM apabila cuti melanjutkan pengajian bergaji penuh diluluskan.

Sementara itu, Ahmad Hasbullah dalam ucapannya berkata beliau akan memastikan empat teras yang digariskan Panglima ATM dapat direalisasi bagi memastikan Tentera Darat kekal cemerlang.


“Hari ini amanah dan tugasan telah diterima dan saya berdoa memohon kekuatan untuk memimpin Tentera Darat. Segala khidmat nasihat serta agenda Kementerian Pertahanan akan disokong demi kecemerlangan Tentera Darat,” katanya.

Sebelum ini, Zulkifli menggariskan empat teras utama bagi memastikan ATM kekal relevan serta cemerlang dalam menjaga kedaulatan negara.

Teras itu adalah Angkatan Profesional, Ketumbukan yang Siap Siaga, Keutuhan Organisasi dan Memperkasa Kualiti Hidup. — BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ATM

Kategori