Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cebisan Badan Dipercayai Mangsa...

LAHAD DATU - Cebisan badan dipercayai milik mangsa yang dilaporkan diserang buaya semalam,...

150 Pengawal Keselamatan Hospital...

BUKIT PALAH - Kira-kira 150 anggota pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Melaka,...

Draf Undang-Undang Bendung Berita...

SHAH ALAM – Draf undang-undang baharu untuk membendung berita palsu diharap akan dapat...

Vaksin COVID-19 Selamat, Tiada...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon...

Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Ditipu RM100,000

KUANTAN – Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ kerugian RM100,000 selepas diperdaya seorang lelaki berhubung pembelian sebidang tanah perlombongan bijih besi yang tidak wujud di Chini, Pekan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Yusof berkata mangsa yang berusia 54 tahun menerima tawaran tersebut daripada suspek berumur 35 tahun pada 25 Dis tahun lalu.

“Suspek memberitahu mangsa terdapat satu kawasan perlombongan bijih besi di Chini mahu dijual dengan harga RM1 juta kerana kontraktor yang beroperasi ketika itu tidak dapat membayar kepada syarikat pemilik tanah perlombongan bijih besi yang dimiliki seorang Datuk.

“Mangsa yang berminat mengambil alih perlombongan bijih besi di Chini itu menyerahkan wang deposit pada 29 Dis lalu sebanyak RM50,000 melalui cek dan RM50,000 lagi secara tunai dipercayai menerusi pihak ketiga untuk diserahkan kepada pemilik syarikat tanah berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Selepas dua bulan, beliau berkata mangsa dimaklumkan oleh pihak ketiga berkenaan bahawa pemilik tanah akan mengembalikan semula wang deposit kerana gagal menunaikan perjanjian penjualan tanah tersebut.


Namun sehingga kini, mangsa masih belum menerima sebarang bayaran pemulangan wang deposit berkenaan menyebabkan beliau merasakan ditipu dan membuat laporan polis, katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori