Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rayuan Mahathir Kembalikan Saman...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menolak rayuan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad untuk mengembalikan...

2 Lagi Kluster Baharu...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti dua kluster baharu Covid-19,...

Sembilan Ekor Serigala Terlepas,...

Montredon-Labessonnie: Gara-gara sembilan ekor serigala terlepas daripada jagaan, sebuah zoo di selatan Perancis...

Mayat Terbiar 7 Jam...

HONG KONG - Seorang wanita gelandangan yang mati ketika berada di sebuah restoran...

Agong Seru Rakyat Waspada Anasir Cuba Rosak Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah bahawa rakyat Malaysia perlu sedar kepentingan untuk memelihara perpaduan dan kesatuan sesama mereka selain berwaspada dengan anasir yang boleh merosakkan negara.

“Perpaduan jitu dalam kalangan seluruh rakyat merupakan tonggak dan resipi kejayaan kepada kemakmuran dan pemuafakatan yang dikecapi oleh negara selama ini dan sewajarnya dikekalkan setiap apa yang dinikmati.

“Beta menyeru seluruh rakyat untuk mengekalkan kestabilan yang kita kecapi hari ini, jangan biarkan ia dirosakkan oleh anasir-anasir yang sentiasa mencari peluang untuk memecah-belahkan keharmonian kita,” titah baginda dalam perutusan bersempena Hari Keputeraan rasmi baginda yang akan disambut hari ini.

Dalam titah perutusan terbabit, baginda turut menyeru rakyat Malaysia menghayati sambutan bulan kemerdekaan negara dengan menghargai sumbangan para pejuang terdahulu yang berjuang untuk negara dan bangsa.

Pada masa sama, baginda turut berkenan menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai pentadbiran kerajaan apabila sentiasa berusaha untuk memastikan ekonomi negara bertambah baik demi kesejahteraan rakyat termasuk menyediakan pelbagai inisiatif.

“Walaupun keadaan ekonomi global dan ekonomi negara berada dalam ketidaktentuan beta bersyukur negara kita Malaysia masih mampu mengharungi persekitaran ekonomi semasa.


“Beta gembira dengan pelbagai inisiatif dan kemudahan disediakan kerajaan kepada rakyat seperti pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) jajaran Sungai Buloh-Kajang yang memberi impak yang sangat berkesan dalam sistem pengangkutan awam di negara kita,” titah Seri Paduka.

Baginda pada akhir perutusan turut menzahirkan titah terima kasih kepada rakyat Malaysia keseluruhannya kerana menyumbang kepada kemakmuran negara.

“Beta berdoa semoga negara kita Malaysia akan terus bertambah makmur, selamat sejahtera dalam pertolongan Allah SWT, insya-Allah,” titah Seri Paduka mengakhiri perutusan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori