Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tidak Berhasrat Laksanakan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan semula sistem cukai barangan dan...

“Adib Kemungkinan Hilang Ingatan”

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini...

15 Calon UPSR Keracunan...

BENTONG - Seramai 15 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mengikuti program...

Video Lucah Aiman Tino...

KUALA LUMPUR - Berita penularan video lucah dalam kalangan selebriti tempatan seakan menjadi...

Agong Rasmi Pembukaan Sidang Parlimen

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen Ke-13 hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada pukul 10.30 pagi di dataran Parlimen disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri S. A. Vigneswaran.

Turut menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sultan Muhammad V kemudian diiringi ke Pentas Diraja, melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti sembah ‘Hormat Diraja’ oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama, Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Kapten Muhammad Nor Azizan Yahya.

Serentak itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan.

Ia diikuti dengan tembakan meriam 21 das serentak dengan lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dimainkan.


Sultan Muhammad V kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada 104 anggota dan empat pegawai daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Ridhwan Basheer.

Selesai istiadat berkenaan, Sultan Muhammad V diiringi ke Bilik Diraja di bangunan Parlimen untuk sesi bergambar sebelum ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah ucapan perasmian.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 6 April sementara Dewan Negara bersidang selama sembilan hari dari 17 April hingga 27 April. – BERNAMA

Kategori