Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Majoriti Penduduk Malaysia Punyai...

KUALA LUMPUR – Pusat Darah Negara (PDN) merekodkan 180,651 penderma darah pada tahun...

Pelajar Hilang Di Titi...

YAN - Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Alor Setar yang hilang...

Hukum Penjawat Awam Ingkar...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan mewajibkan s mengambil vaksin Covid-19 berdasarkan pertimbangan tertentu...

Segerakan Atau UMNO BN...

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Kepada 4 Hakim

KUALA LUMPUR – Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan bagi jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan dua Hakim Mahkamah Tinggi, di Istana Negara di sini.

Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Zamani A. Rahim masing-masing menerima surat cara pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan.

Dua Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik pula ialah Vazeer Alam Mydin Meera dan Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun.

Turut hadir menyaksikan istiadat pelantikan itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Acara angkat sumpah dan taat setia pelantikan hakim itu dijadual berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya, petang ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori