Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Rasa Nak Pergi Jauh”...

MUAR - "Saya rasa nak pergi jauh" adalah antara ayat-ayat terakhir Nur Amira...

Penjaga Gol Piala Presiden...

KANGAR - Penjaga gol Piala Presiden Perlis, Muhammad Saiful Niza Nasir, 18, terbunuh...

Wakil India Dalam Exco...

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC...

AS Sekali Lagi Tangguh...

WASHINGTON: Ketenteraan Amerika Syarikat (AS) memaklumkan pihaknya sekali lagi terpaksa membatalkan pelancaran ujian...

Agong Kurnia 549 Pingat Darjah Kepahlawanan ATM

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim.

Zulkiple mendahului senarai 549 penerima pingat pada istiadat pengurniaan darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2017 di Istana Negara, di sini hari ini.

Seri Paduka yang juga Pemerintah Tertinggi ATM turut berkenan menganugerahkan darjah PGAT kepada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang selain darjah PGAT Kehormat kepada tujuh penerima dari negara asing.

Mereka terdiri daripada Panglima Angkatan Pertahanan Australia, Ketua Marsyal Udara Mark Binskin; Ketua Staf, Angkatan Tentera Filipina Jeneral Eduardo M Ano; Panglima Angkatan Tentera Singapura Lt Jen Perry Lim; Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand Jeneral Surapong Sawana-adth; bekas Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand Jeneral Sommai Kaotira; Kepala Staf Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jeneral TNI Mulyono dan Ketua Staf Tentera Laut Pakistan Laksamana Muhammad Zakaullah NI (M).

Hadir sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan timbalannya Datuk Seri Mohd Johari Baharom; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Panglima Tentera Darat Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.


Pada istiadat itu, Sultan Muhmmad V turut mengurniakan darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 14 penerima, PSAT Kehormat (seorang penerima), Pahlawan Angkatan Tentera (44 penerima), Kesatria Angkatan Tentera (232 penerima) dan Bentara Angkatan Tentera (249 penerima). – BERNAMA

Kategori