Agong Berangkat Ke Rumah Terbuka Istana Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan untuk berangkat ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 bersama rakyat di Istana Negara di sini pada Hari Raya pertama.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata sesi rumah terbuka itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 2 petang.

“Seri Paduka turut berkenan untuk beramah mesra dan bersalaman dengan rakyat pada 12 hingga 1 tengah hari.

“Istana Negara berbesar hati menjemput semua tetamu datang untuk bersama-sama memeriahkan majlis sambutan Aidilfitri ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Orang ramai dinasihat menggunakan laluan Gerbang Utama dan Pintu 3 Istana Negara serta diingatkan supaya berpakaian kebangsaan dan sopan. – BERNAMA

Loading...