Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Jemaah Tabligh Lari...

JASIN - Seorang warga emas dengan simptom COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital...

Maut Terjun Dari Tingkat...

KUALA LUMPUR - Lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga Pusat Konvensyen...

Cipta Mesin Sesuai Ciri...

PUTRAJAYA - Penghasilan mesin dan kaedah masa depan bagi industri minyak sawit perlu...

Pahang Tetap Kuat Kuasa...

KUANTAN - Tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di semua premis perniagaan...

Agensi Haji Didakwa Tipu Pemilik Agensi Pelancongan

PETALING JAYA – Seorang pemilik sebuah agensi pelancongan haji dan umrah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menipu pemilik agensi pelancongan lain berhubung Visa Furada bagi menunaikan ibadah haji membabitkan kerugian RM150,000.

Pemberian Visa Furada (visa urusan sendiri) kepada mana-mana individu atau syarikat terpilih yang menawarkan pakej haji adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.

Tertuduh, Aminuddin Ab Rahman, 50, didakwa dengan curang menyerahkan 32 salinan visa jemaah milik syarikat Haji Harun Seh Umrah & Tours Sdn Bhd kepada Razinah Ayob, 63, yang beliau percayai salinan visa tersebut adalah Visa Furada yang diuruskan olehnya.

Razinah kemudian menyerahkan wang berjumlah RM150,000 secara tunai sebagai bayaran untuk mendapatkan visa tersebut di mana wang tidak akan diserahkan sekiranya beliau tidak diperdayakan sedemikian.

Bapa dua anak itu dituduh melakukan perbuatan tersebut di Mr. Travel and Services Sdn Bhd di Jalan BP 7/12, Bandar Bukit Puchong, Puchong, di sini pada 26 Ogos tahun lalu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, V. V. Suloshani menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Thong Seng Kong yang mewakili tertuduh bersetuju dengan jumlah jaminan yang ditawarkan namun memohon mahkamah tidak mengambil pasport tertuduh atas alasan anak guamnya memerlukan pasport tersebut untuk menjalankan perniagaannya bagi menanggung keluarga.


Hakim Norshila Kamaruddin membenarkan Aminuddin diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 15 Ogos untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

*sekadar Video Hiasan..

Kategori